Ahad, 1 November 2020

Asas Kepercayaan Agama Brahmana

 

Kepercayaan dalam agama Brahmana terbahagi kepada pelbagai jenis aliran, namun pada asasnya ia sebenarnya sama sahaja. Di rantau Nusantara, penganut Brahmana menganuti aliran Saiva yang pemusatan samadhinya adalah menerusi Batara Siva. Penganut aliran Saiva menetapkan dasar kepercayaan mereka berdasarkan kepada Pancha Sraddha atau Lima Kepercayaan iaitu:

  • Brahman Yang Maha Agung
  • Atman Jiwa
  • Karma Amal perbuatan
  • Punarbhava dan Samsara Putaran Kelahiran
  • Moksha Keselamatan

(Rujukan: Yayasan Bali Galang, Babad Bali, Rembang Indonesia)

Dalam tradisi Gaudiya Vaisnava pula, kepercayaan mereka dirangkumkan dalam Pancha Tattva atau Lima Hakikat yang merujuk kepada lima aspek Tuhan atau Kebenaran yang Hakiki yang diwakili oleh Krishna. Aspek-aspek ketuhanan ini dipercayai menjelma di Bumi oleh kelompok Gaudiya Vaisnava pada sekitar abad ke-15 masihi. Jelmaan-jelmaan tersebut menyebarkan mantra Krishna dan amalan-amalan Bhakti terhadap Krishna di seluruh benua kecil India. Mereka adalah:

  • Chaitanya Mahaprabhu
  • Nityananda
  • Advaita Acharya
  • Gadadhara Pandita
  • Srivasa Thakur
Secara umunya, tradisi dari aliran Saiva lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat Brahmana di luar dari rantau benua kecil India. Oleh itu, disarankan supaya penganut agama Hindu agar merujuk kepada rujukan aliran Saiva bagi mencari ketenangan rohani.

Ahad, 19 Julai 2020

Serat Sarasmuscaya


Serat Sarasmuscaya adalah hasil penulisan karya Resi Vararuci yang ditulis dalam bahasa Sanskrit lalu diterjemahkan ke dalam bahasa Kawi dan menjadi pedoman kepada mereka yang sudah melalui grehastasrama atau lebih mendalam lagi telah meningkat ke vanaprasthasrama. Mereka boleh mengamalkan ajaran ini di samping menjadi seorang sanyasin atau bhiksuka yang membimbing anak murid. Serat ini mengandungi sebanyak 511 sloka semuanya.
Rujukan
  • Sejarah Hari Raya dan Upacara Yadya di Bali, Taman Bacaan dan Pengetahuan Orang Lain (blogspot)
 




Dewa Ruci dan Jati Diri



Dewa Ruci ini adalah seorang dewa kerdil yang ditemui oleh Sang Bhima atau Arya Vṛkodara dalam perjalanan baginda mencari air kehidupan. Penganut ajaran Brahmana keturunan Jawa kemudian menjadikan dewa ini sebagai watak bagi penyampaian ajaran dan pandangan tatasusila di Pulau Jawa. Prahwayangan ini menjadi sebahagian daripada ceritera Mahabharata. Setelah kebanyakan orang Jawa menganuti agama Islam atau agama Kristian pun ia masih lagi diteruskan dalam tradisi kebudayaan mereka.

Cetera Dewa Ruci ini banyak sekali disunting oleh penulis-penulis buku tatasusila bangsa Jawa seperti Frans Magnis Suseno, Hazim Amir, Ignas G. Sakasana dan Joko Dwijanto. Cetera Dewa Ruci ini memberikan gambaran mengenai kebaktian seorang pelajar dengan gurunya, kemandirian dalam bertindak dan perjuangan mencari jati diri. Apabila seseorang itu mengenal jati dirinya, maka dia pun mengenal Maheśwara, Gusti Kanggakaryo Jagat. Mengenali Gusti Kanggakaryo Jagat maka timbullah hasrat untuk bertingkah laku selaras dengan kehendak Gusti Kanggakaryo Jagat seterusnya bersatu dengan-Nya. Pandangan ini dibingkaikanlah dalam kata Manunggaling Kawula Gusti atau Aham Brahmasmi bermaksud, bersatunya hamba dengan Gusti. Walaupun cetera ini bukanlah bahagian asal daripada kisah utama dalam prahwayangan namun ia sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa dan dipentaskan oleh ramai dalang dari Jawa.
Pengarang Serat: Mas Ngabehi Mangun Vijaya
Dalang Wayang: Ki Mantab Sudarśana
Sumber Arkib: Saluran Nursa Ujung Timur (Youtube)  

Isnin, 30 Disember 2019

Sri Yantra Puja

Sri Yantra atau Sri Chakra adalah satu bentuk rajah mistik atau yantra yang digunakan dalam aliran Sri Vidya. Ia mengandungi sembilan tiga segi yang saling bertindih mengelilingi satu titik tengah yang disebut sebagai bindu.

Tiga segi tersebut mewakili jagat dan tubuh manusia. Disebabkan sembilan tiga segi ini, maka Sri Yantra juga dikenali sebagai Navayoni Chakra. Apabila Sri Yantra dua dimensi dipersembahkan dalam tiga dimensi maka ia disebut sebagai Maha Meru. Gunung Meru ini adalah panggilan yang terbit dari bentuk ini. Sebagai tambahan kepada Gunung Meru, semua yantra pun terbit dari Sri Yantra.
Rujukan
  • Pandita Mpu Jaya Prema Ananda, Argha Patra untuk Pinandita, Pasraman Manikgeni, 11 Januari 2017 (blogspot)
  • Purnima Sri Chakra Puja dan Homam, Kuil Sri Raja Rajeswari, Pertubuhan Kuil Sri Vidya (online)
  • Sri Yantra Puja Vidhi, Rudra Centre (online)
  • V. Ravi, Memahami dan Memuja Sri Yantra, A Manblunder Publication, Chennai India (online

Ahad, 27 Oktober 2019

Aliran Pemikiran India Purba



Terdapat dua jenis falsafah aliran India purba iaitu:

1. Āstika

Beberapa tradisi intelektual Hindu telah dikodifikasikan semasa zaman pertengahan sehingga menjadi senarai yang seragam. Tradisi-tradisi ini digelar sebagai ṣaḍdarśana atau enam aliran pemikiran. Aliran-aliran ini membentuk aliran pemikiran Hindu yang ortodoks. Kesemuanya memetik kitab suci Veda sebagai rujukan. Aliran-aliran tersebut adalah seperti berikut:
  • Nyāyá, aliran pemikiran logik.
  • Vaiśeṣika, aliran pengajian zarah
  • Sāṃkhya, aliran falsafah unsur-unsur alam semesta
  • Yoga, aliran yang mengambil bentuk pengajian ilmu metafizik Sāṃkhya
  • Mimāṃsām, tradisi penafsiran kitab suci Veda
  • Vedanta atau Uttara Mimāṃsā, tradisi bersumberkan Upanishad.
Kesemua bentuk aliran ini diringkas menjadi tiga pasang sahaja disebabkan oleh sejarah dan konsep-konsepnya yang berkaitan:
  • Nyāyá-Vaiśeṣika
  • Sāṃkhya-Yoga
  • Mimāṃsā-Vedanta
2. Nāstika

Aliran yang berada dalam kelompok ini tidak diterima oleh para brahmin kerana dipandang oleh mereka sebagai bersifat heterodoks. Aliran-aliran pemikiran ini adalah seperti berikut:
Silakan klik pada perkataan yang ditebalkan untuk membaca maklumat lanjut berhubung dengan istilah tersebut. 

Ahad, 10 Mac 2019

Himpunan Stotra


Kandungan
Tithi: 19 Phalguna 1940, Adityavāra (10 Mac 2019)

Ahad, 21 Oktober 2018

Rāmayāṇa

 
Rāmayāṇa adalah salah satu daripada sastera berbentuk itihasa yang menceriterakan berkenaan Śrī Rāma yang cuba menyelamatkan Sīta Dewi dari maharaja Rāvaṇa, seekor asura. Sastera ini biasanya dikaitkan dengan Vālmiki. Beliau menceriterakan mengenai kehidupan Śrī Rāma dari kerajaan Kosalā. Seterusnya, cetera ini menceriterakan tempoh 14 tahun Śrī Rāma terbuang dalam hutan bersama Sīta Dewi dan Lakṣamāṇa atas perintah Raja Dasaratha yang dihasut oleh Kaikeyi, gundik baginda.

Rujukan
  • Raghuvaṃśa Śuddha oleh Saindahvi, 1 Oktober 2014 (Youtube)
  • Sīta Kalyāṇam Vaibhogame, karangan Thyagarājan Swami dalam bahasa Sanskrit, diterbitkan oleh Ameya Records, 14 April 2016 (Youtube
  • Rāmcharitmanas oleh Sant Tulsidās disampaikan oleh Lāta Mangeśkar, UMG Publishing, dimuatnaik oleh K.P. Chaubey pada 19 September 2015 (Youtube)
  • Rāmachakkani Sīta Kī nyanyian Gayathri dalam filem Godavari, dimuatnaik oleh Ajay Pooja pada 14 Ogos 2010 (Youtube)
  • Rāma Sandhya Nāmaṃ, Pañchasāyaka dimuatnaik oleh Sivaganga Online Media (Youtube)

Sumber Gambar: ResearchGate