Ahad, 1 November 2020

Asas Kepercayaan Agama Brahmana

 

Kepercayaan dalam agama Brahmana terbahagi kepada pelbagai jenis aliran, namun pada asasnya ia sebenarnya sama sahaja. Di rantau Nusantara, penganut Brahmana menganuti aliran Saiva yang pemusatan samadhinya adalah menerusi Batara Siva. Penganut aliran Saiva menetapkan dasar kepercayaan mereka berdasarkan kepada Pancha Sraddha atau Lima Kepercayaan iaitu:

  • Brahman Yang Maha Agung
  • Atman Jiwa
  • Karma Amal perbuatan
  • Punarbhava dan Samsara Putaran Kelahiran
  • Moksha Keselamatan

(Rujukan: Yayasan Bali Galang, Babad Bali, Rembang Indonesia)

Dalam tradisi Gaudiya Vaisnava pula, kepercayaan mereka dirangkumkan dalam Pancha Tattva atau Lima Hakikat yang merujuk kepada lima aspek Tuhan atau Kebenaran yang Hakiki yang diwakili oleh Krishna. Aspek-aspek ketuhanan ini dipercayai menjelma di Bumi oleh kelompok Gaudiya Vaisnava pada sekitar abad ke-15 masihi. Jelmaan-jelmaan tersebut menyebarkan mantra Krishna dan amalan-amalan Bhakti terhadap Krishna di seluruh benua kecil India. Mereka adalah:

  • Chaitanya Mahaprabhu
  • Nityananda
  • Advaita Acharya
  • Gadadhara Pandita
  • Srivasa Thakur
Secara umunya, tradisi dari aliran Saiva lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat Brahmana di luar dari rantau benua kecil India. Oleh itu, disarankan supaya penganut agama Hindu agar merujuk kepada rujukan aliran Saiva bagi mencari ketenangan rohani.