Cārvāka

Aliran ini disebut juga sebagai Lokāyata. Ia adalah sejenis sistem falsafah India purba yang mempunyai tiga bentuk iaitu:
  • Materialisme, kebendaan
  • Skeptik dalam berfalsafah
  • Percanggahan dalam keagamaan.
Aliran ini dipandang juga sebagai aliran atheist dalam pengelasan sistem pemikiran India purba. Ia adalah falsafah kebendaan yang wujud dalam tradisi-tradisi agama orang Hindu. Aliran ini muncul sebagai alternatif kepada sistem pemikiran ortodoks yang pro Veda dan menjadi perintis atau kontemporari kepada aliran seperti Ajivika, Jain dan Buddha.
 
Pada zaman klasik, falsafah Jain dan Buddha berkembang menjadi sistem agama yang tersendiri pula. Aliran pemikiran Carvaka ini bertentangan dengan aliran-aliran lain dari segi prinsip utamanya adalah menolak inferens sebagai jalan untuk mengasaskan kebenaran alam ghaib.