Bentuk Sri Yantra

Pada tahun 2009, Subhash Kak membahaskan mengenai isu Brahmavidya dalam Jurnal Perpustakaan Advar. Beliau membahaskan bahawa penerangan mengenai Sri Yantra ini adalah serupa dengan yantra yang dijelaskan dalam Sri Sukta dalam Veda.

Segitiga sebanyak sembilan yang membentuk Sri Yantra itu terdapat dalam pelbagai saiz dan bersambung membentuk 43 segitiga kecil lain dan menganjurkan tingkatan-tingkatan yang bertumpu. Keseluruhannya mewakili jagat raya dan mengungkapkan advaita atau tiada duaan. Pada tengahnya, titik kuasa atau bindu mewakili pusat jagat raya. Tigasegi tersebit dilingkari oleh dua bulatan bertumpu yang yang membentuk lapan dan 16 kelopak mewakili bunga teratai penciptaan dan tenaga kesuburan hidup. Keseluruhan konfiguasi ini dibingkaikan oleh garisan pitus empat segi bumi, mewakili kuil dengan empat pintu terbuka ke rantau-rantau di jagat raya.