Memaparkan catatan dengan label jawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jawa. Papar semua catatan

Ahad, 19 Julai 2020

Serat Sarasmuscaya


Serat Sarasmuscaya adalah hasil penulisan karya Resi Vararuci yang ditulis dalam bahasa Sanskrit lalu diterjemahkan ke dalam bahasa Kawi dan menjadi pedoman kepada mereka yang sudah melalui grehastasrama atau lebih mendalam lagi telah meningkat ke vanaprasthasrama. Mereka boleh mengamalkan ajaran ini di samping menjadi seorang sanyasin atau bhiksuka yang membimbing anak murid. Serat ini mengandungi sebanyak 511 sloka semuanya.
Rujukan
  • Sejarah Hari Raya dan Upacara Yadya di Bali, Taman Bacaan dan Pengetahuan Orang Lain (blogspot)
 




Dewa Ruci dan Jati Diri



Dewa Ruci ini adalah seorang dewa kerdil yang ditemui oleh Sang Bhima atau Arya Vṛkodara dalam perjalanan baginda mencari air kehidupan. Penganut ajaran Brahmana keturunan Jawa kemudian menjadikan dewa ini sebagai watak bagi penyampaian ajaran dan pandangan tatasusila di Pulau Jawa. Prahwayangan ini menjadi sebahagian daripada ceritera Mahabharata. Setelah kebanyakan orang Jawa menganuti agama Islam atau agama Kristian pun ia masih lagi diteruskan dalam tradisi kebudayaan mereka.

Cetera Dewa Ruci ini banyak sekali disunting oleh penulis-penulis buku tatasusila bangsa Jawa seperti Frans Magnis Suseno, Hazim Amir, Ignas G. Sakasana dan Joko Dwijanto. Cetera Dewa Ruci ini memberikan gambaran mengenai kebaktian seorang pelajar dengan gurunya, kemandirian dalam bertindak dan perjuangan mencari jati diri. Apabila seseorang itu mengenal jati dirinya, maka dia pun mengenal Maheśwara, Gusti Kanggakaryo Jagat. Mengenali Gusti Kanggakaryo Jagat maka timbullah hasrat untuk bertingkah laku selaras dengan kehendak Gusti Kanggakaryo Jagat seterusnya bersatu dengan-Nya. Pandangan ini dibingkaikanlah dalam kata Manunggaling Kawula Gusti atau Aham Brahmasmi bermaksud, bersatunya hamba dengan Gusti. Walaupun cetera ini bukanlah bahagian asal daripada kisah utama dalam prahwayangan namun ia sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa dan dipentaskan oleh ramai dalang dari Jawa.
Pengarang Serat: Mas Ngabehi Mangun Vijaya
Dalang Wayang: Ki Mantab Sudarśana
Sumber Arkib: Saluran Nursa Ujung Timur (Youtube)