Punca Kebenaran

 37. Jika ingin mengetahui kebenaran, maka fahamilah secara cerdas wahyu Tuhan lalu dibandingkanlah dengan ulasan-ulasan serta tatasusila yang berlaku dalam masyarakat. Demikian maka sempurnalah pemahaman kita mengenai kebajikan dan kebenaran.

38. Sesungguhnya semua kitab suci adalah wahyu dari Tuhan yang menjadi petunjuk supaya manusia itu menjalani kehidupan yang damai sejahtera. Ia menjadi punca kebajikan dan kebenaran. Segala yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan akan berlaku semuanya terkandung di dalam wahyu Tuhan.

39. Wahyu Tuhan itu hendaklah dipelajari dengan benar melalui ulasannya terlebih dahulu kerana ditakuti jika dipelajari oleh mereka yang dangkal penelitiannya dan sedikit pemahamannya maka wahyu Tuhan itu akan dijadikan pembenar kepada tindakan-tindakan yang sesat.

40. Yang sepatutnya diingati secara mendalam adalah kebenaran yang sejagat dalam wahyu Tuhan, kebenaran sejagat dalam ulasan-ulasan mengenainya dan kebenaran sejagat dari orang-orang suci yang hatinya dicerahi oleh kebajikan dan kebenaran.