Memaparkan catatan dengan label falsafah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label falsafah. Papar semua catatan

Ahad, 19 Julai 2020

Dewa Ruci dan Jati Diri



Dewa Ruci ini adalah seorang dewa kerdil yang ditemui oleh Sang Bhima atau Arya Vṛkodara dalam perjalanan baginda mencari air kehidupan. Penganut ajaran Brahmana keturunan Jawa kemudian menjadikan dewa ini sebagai watak bagi penyampaian ajaran dan pandangan tatasusila di Pulau Jawa. Prahwayangan ini menjadi sebahagian daripada ceritera Mahabharata. Setelah kebanyakan orang Jawa menganuti agama Islam atau agama Kristian pun ia masih lagi diteruskan dalam tradisi kebudayaan mereka.

Cetera Dewa Ruci ini banyak sekali disunting oleh penulis-penulis buku tatasusila bangsa Jawa seperti Frans Magnis Suseno, Hazim Amir, Ignas G. Sakasana dan Joko Dwijanto. Cetera Dewa Ruci ini memberikan gambaran mengenai kebaktian seorang pelajar dengan gurunya, kemandirian dalam bertindak dan perjuangan mencari jati diri. Apabila seseorang itu mengenal jati dirinya, maka dia pun mengenal Maheśwara, Gusti Kanggakaryo Jagat. Mengenali Gusti Kanggakaryo Jagat maka timbullah hasrat untuk bertingkah laku selaras dengan kehendak Gusti Kanggakaryo Jagat seterusnya bersatu dengan-Nya. Pandangan ini dibingkaikanlah dalam kata Manunggaling Kawula Gusti atau Aham Brahmasmi bermaksud, bersatunya hamba dengan Gusti. Walaupun cetera ini bukanlah bahagian asal daripada kisah utama dalam prahwayangan namun ia sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa dan dipentaskan oleh ramai dalang dari Jawa.
Pengarang Serat: Mas Ngabehi Mangun Vijaya
Dalang Wayang: Ki Mantab Sudarśana
Sumber Arkib: Saluran Nursa Ujung Timur (Youtube)  

Ahad, 27 Oktober 2019

Aliran Pemikiran India Purba



Terdapat dua jenis falsafah aliran India purba iaitu:

1. Āstika

Beberapa tradisi intelektual Hindu telah dikodifikasikan semasa zaman pertengahan sehingga menjadi senarai yang seragam. Tradisi-tradisi ini digelar sebagai ṣaḍdarśana atau enam aliran pemikiran. Aliran-aliran ini membentuk aliran pemikiran Hindu yang ortodoks. Kesemuanya memetik kitab suci Veda sebagai rujukan. Aliran-aliran tersebut adalah seperti berikut:
  • Nyāyá, aliran pemikiran logik.
  • Vaiśeṣika, aliran pengajian zarah
  • Sāṃkhya, aliran falsafah unsur-unsur alam semesta
  • Yoga, aliran yang mengambil bentuk pengajian ilmu metafizik Sāṃkhya
  • Mimāṃsām, tradisi penafsiran kitab suci Veda
  • Vedanta atau Uttara Mimāṃsā, tradisi bersumberkan Upanishad.
Kesemua bentuk aliran ini diringkas menjadi tiga pasang sahaja disebabkan oleh sejarah dan konsep-konsepnya yang berkaitan:
  • Nyāyá-Vaiśeṣika
  • Sāṃkhya-Yoga
  • Mimāṃsā-Vedanta
2. Nāstika

Aliran yang berada dalam kelompok ini tidak diterima oleh para brahmin kerana dipandang oleh mereka sebagai bersifat heterodoks. Aliran-aliran pemikiran ini adalah seperti berikut:
Silakan klik pada perkataan yang ditebalkan untuk membaca maklumat lanjut berhubung dengan istilah tersebut.