Sri Yantra dalam Agama

Pemujaan Sri Yantra ini adalah penting mengikut aliran pemujaan Sri Vidya. Ia mewakili dewi dalam rupa-rupa berikut:
  • Mahalakshmi atau Tripura Sundari bermaksud keindahan tiga alam
  • Bhuloka atau satah jisim dan kesedaran di satah jisim
  • Bhuvarloka atau Antariksha iaitu ruang kesedaran pertengahan prana
  • Swarloka iaitu alam kayangan atau kesedaran pemikiran yang suci
Pemujaan ini didasarkan kepada falsafah kitab suci veda sendiri. Sri Yantra menjadi bahan pemujaan dalam aliran pemujaan Sri Vidya. Ia mewakili kesatuan antara ciri kelelakian dan kewanitaan yang suci. Tiga segi sebanyak empat menghala ke atas mewakili penokohan kelelakian bagi dewi yang disebut sebagai Brahma. Manakala lima lagi tiga segi menghala ke bawah mewakili penokohan kewanitaan bagi Jagat Janani atau Durga.

Sri Yantra juga dikenalai sebagai Navachakra kerana ia mengandungi sembilan lapisan bertumpu yang bersinar ke luar dari bindu, Setiap lapisan itu bersamaan dengan satu mudra, seorang yogini dan satu rupa khusus bagi dewata Tripura Sundari bersama dengan mantranya. Kepelbagaian dewata yang berdiam dalam sembila lapiran Sri Yantra ini dijelaskan dalam Mantra Devi Khadgamala. Lapisan-lapisan tersebut disenaraikan seperti berikut bermula dari lapisan terluar sampai ke lapisan terdalam:
  • Trailokya Mohana, petak terluar, dijejaki dalam tiga garisan dan ditindan oleh empat pintu selitan.
  • Sarvasa Paripuraka, teratai terluar mengandungi sebanyak 16 kelopak.
  • Sarva Samkshobahana, teratai terdalam mengandungi sebanyak lapan kelopak.
  • Sarva Saubhagyadaka, lingkaran terluar tiga segi kecil-kecil sebanyak empat belas.
  • Sarvathasadhaka, lingkaran tiga segi seterusnya sebanyak sepuluh.
  • Sarva Rakshakara, lingkaran yang lebih kecil mengandungi tiga segi sebanyak sepuluh.
  • Sarva Rogahara, lingkaran lapan tiga segi kecil-kecil.
  • Sarva Siddhiprada, satu segitiga kecil mengandungi bindu pada tengahnya.
  • Sarva Anandamaya, bindu.