Tantra ini adakalanya dieja sebagai Vigyan Bhairava Tantra. Ia adalah teks utama bagi aliran Trika dari Kashmir dan ditulis dalam bahasa Sanskrit. Teks ini adalah catitan perbualan antara dewa Siva dengan dewi Sakti. Teks ini memaparkan sebanyak 112 cara samadhi atau kaedah-kaedah mencipta tumpuan yang disebut sebagai dharana. Hal ini termasuklah pelbagai kaedah menyedari pernafasan, tumpuan kepada pelbagai titik pusat pada tubuh, kesedaran tanpa duaan, meratib, mencetuskan bayangan minda dan renungan melalui setiap deria. Prasyarat bagi kejayaan bagi salah satu daripada 112 amalan ini adalah pemahaman yang jelas mengenai kaedah yang paling sesuai dengan pengamal itu sendiri.