Atman dalam Upanishad Lain

Atman menjadi tajuk utama yang dibincangkan dalam Upanishad. Namun, ia mengungkapkan dua tema yang berbeza. Setengahnya mengajarkan bahawa Brahman itu adalah sejati dengan Atman. Sementara setengah yang lain mengajarkan bahawa Atman itu adalah sebahagian daripada Brahman, tetapi ia tidak serupa dengan Brahman.

Perdebatan purba ini berkembang menjadi pelbagai teori sama ada yang duaan atau yang bukan duaan dalam ajaran agama Hindu. Brahmasutra oleh Badarayana (~100 SM) mensintesiskan dan menyatukan teori-teori yang bercanggah ini dengan menyatakan bahawa Atman dan Brahman itu berbeza dalam beberapa hal, khususnya semasa ia berada dalam tahap kejahilan. Namun, pada kedalaman dan pada tahap kesedaran diri, Atman dan Brahman itu sebenarnya adalah sejati dan advaita atau tidak berbeza. Sintesis ini mengatasi tradisi dvaita dari aliran Smkhya-Yoga dan tradisi Nyaya-Vaisesika yang berasaskan kepada tradisi realisme. Ia menjadi asas kepada tradisi kerohanian Vedanta dalam perkembangannya.