Atman dalam Katha Upanishad

Katha Upanishad bersama dengan Brihadaranyaka Upanishad, menjadi Upanishad yang terawal dan pertengahan yang membincangkan mengenai atman tatkala pandangan ini berkembang dalam menjawab persoalan mengenai bagaimanakah manusia boleh mencapai kebebasan dan kebahagiaan. Sebagai contoh, Katha Upanishad menjelaskan bahawa atman itu berada di mana-mana sahaja dan merupakan intipati paling dalam yang unggul bagi setiap manusia serta makhluk bernyawa walaupun pada zahirnya makhluk itu menjelma dalam pebagai rupa.

Seperti api yang memasuki dunia ini, ia mengambil pelbagai rupa mengikut bahan yang dibakar olehnya, begitulah juga Atman dalaman setiap makhluk yang hidup. Ia mengambil ripa mengikut sesuatu yang dimasuki oleh-Nya dan berada di luar dari segala rupa. - 2.2.9

Katha Upanishad dalam Pustaka 1, seloka 3.3 sehingga 3.4 menjelaskan mengenai analogi yang sering dipetik yang menjadi pedati kepada perhubungan antara "Roh, Jiwa" dengan tubuh, akal dan deria-deria. Stephen Kaplan menterjemahkan seloka-seloka ini sebagai, "Ketahui Diri sebagai penumpang dalam sebuah pedati dan tubuh itu adalah pedatinya. Ketahui bahawa kebijaksanaan itu adalah pemandu pedatinya dan akal itu adalah tali kekangnya. Deria-deria itu katanya adalah kuda dan bahan-bahan yang dijejakinya itu adalah jalan di sekitarnya". Katha Upanishad lantas mengisytiharkan bahawa, "apabila Diri (Atman) memahami hal ini dan bersatu, terjalin dengan tubuh, deria dan akal itu, berakhlak mulia, sedar akan tanggungjawabnya dan murni. Ia mencapai kebahagiaan, kebebasan dan menerima pembebasan.