Atman dalam Chandogya Upanishad

Chandogya Upanishad menjelaskan bahawa Atman itu adalah sesuatu yang berbeza antara dua makhluk yang hidup namun sebenarnya ia adalah benda yang sama, yang asas dan paling dalam, benar, diri yang bersinar dalam setiap makhluk yang menghubungkan serta menyatukan semua makhluk.

Dalam seloka 4.10.1 melalui 4.10.3 sebagai contoh, dijelaskan bahawa Atman itu dibandingkan dengan sungai-sungai. Sesetengahnya mengalir ke timur dan sesetengahnya pula mengalir ke barat. Namun, pada akhirnya ia bertemu dan bersatu semula di lautan serta menjadi satu. Oleh itu, jiwa seseorang itu adalah makhluk yang murni. Ia adalah jelmaan dari lautan jiwa yang sejagat.