Atman dalam Brihadaranyaka Upanishad

Brihadaranyaka Upanishad 

Brihadaranyaka Upanishad menjelaskan bahawa atman itu wujud dalam setiap yang wujud, bernilai tinggi, meresap ke dalam segalanya, asas bagi segalanya, kebahagiaan dan tidak mampu dijelaskan oleh sesiapa. Dalam ayat 4.4.5, dijelaskan lagi bahawa atman itu adalah Brahman dan mengaitkannya dengan segala sesuatu, segala sesuatu itu boleh menjadi, kebebasan dalam menjalankan tindakan, kehendak seseorang, yang diperbuat oleh seseorang, yang tidak diperbuat oleh seseorang, kebajikan dan keburukan dalam seseorang.

Atman (diri, roh) itu sememangnya adalah Brahman. Atman juga dijatikan dengan daya berfikir, manas atau akal dan nyawa, dengan mata dan telinga, dengan bumi, air, udara dan angkasa, dengan api dan dengan yang selain daripada api, dengan keinginan dan tiada keinginan, dengan kemarahan dan ketiadaan kemarahan, dengan kebaikan dan dengan kejahatan, dengan segalanya. Atman dijatikan, seperti yang diketahui ramai, dengan ini, perkara yang ditanggapi dan dengan dengan itu, perkara yang disimpulkan. Oleh kerana (atman) berbuat dan bertindak, maka menjadilah. Dengan mengerjakan kebajikan, maka ia menjadi kebajikan. Dengan mengerjakan maksiat, maka ia menjadi maksiat. Atman itu menjadi mulia disebabkan amal perbuatan kebajikan, dan menjadi jahat kerana amal perbuatan maksiat. Walau bagaimanapun, yang lain pula berkata, "Diri itu dijatikan dengan kehendak sahaja. Apa yang diingini olehnya, maka ia pun memutuskannya. Apa yang diputuskannya itu, maka itulah perbuatan. Apa yang diperbuatnya itu, maka itulah yang akan dikaut olehnya semula. - 4.4.5 (abad ke-9 SM)

Tema atman ini, bahawasanya roh dan diri itu adalah satu, setiap orang, setiap makhluk itu adalah sama seperti Brahman, disebut berulang-ulang dalam Brihadaranyaka Upanishad. Upanishad ini menekankan mengenai pengetahuan "Aham Brahmasmi" dan tiada beza antara "Aku" dan "kamu" atau "Aku" dan "dia" sebagai sumber kebebasan. Tiada sesiapa pun dalam kalangan dewa yang boleh memujuk orang yang sudah dibebaskan. Contohnya seperti berikut:

"Brahman sudah di sini sebelumnya. Oleh itu, ia mengetahui mengenai atma (roh, dirinya). Akulah Brahman, maka ia pun menjadi segalanya. Dan barangsiapa dalam kalangan dewata mendapat pencerahan ini, juga menjadi Itu. Samalah juga halnya dengan rishi, samalah juga dengan manusia. Barangsiapa yang menjatikan diri sebagai "Akulah Brahman", maka dia pun menjadi segalanya dalam alam semesta. Tiada dewa yang mampu memujuknya lagi kerana dia sudah menjadi atma mereka. Kini, jika seseorang itu memuja dewa lain lalu berfikir, "Dia itu adalah Dia dan aku pula adalah yang lain," maka dia pun tidak mengetahui. Dia hanya menjadi seperti haiwan pada pandangan para dewa. Sebagaimana haiwan-haiwan yang melayani seorang manusia, maka manusia pun melayani para dewa. Jika seekor haiwan itu dirampas, maka ia pun akan menyebabkan timbulnya kemarahan. Berapa banyakkah lagi yang akan begitu jika banyak yang dirampas? Oleh itu, tidaklah menyenangkan bagi pada dewa yang manusia haruslah mengetahui hal ini." - 1.4.10