Viveka Cudamani: Bab 5

40. Bagaimana untuk melintasi lautan kewujudan bergejala ini, apakah nasibku nanti? Dan cara yang manakah harus aku guna pakai? Kerana aku langsung tidak mengetahuinya. Berkenanlah untuk menyelamatkan aku, wahai Tuhan, dan jelaskanlah selanjutnya bagaimana untuk mengakhiri kesengsaraan dari kewujudan saling berkaitan ini?

41. Tatkala dia berbicara maka, terseksa oleh keributan dalam dunia laksana hutan dibakar oleh api lalu dia pun mencari perlindungannya. Maka orang suci pun memandangnya dengan pandangan yang lembut oleh kerana belas kasihan. Orang suci tersebut pun serta-merta menawarkan untuk menghilangkan segala ketakutannya.
 
42. Kepadanya kami memohon perlindungan, dahagakan Pembebasan, yang mematuhi ajaran-ajaran kitab suci, yang jernih fikirannya dan dikurniai dengan ketenangan - ahli hikmah itu terus memupuk kebenaran kerana limpah belas kasihan.
 
43. Janganlah engkau takut, wahai orang yang terpelajar kerana tiada kematian untuk kamu. Akan aku tanamkan di fikiranmu mengenai jalan-jalan untuk melintasi lautan kewujudan akibat saling perkaitan ini. Akan aku ajarkan cara bagaimana ahli hikmah sekelian melaluinya.
 
44. Terdapat jalan-jalan tertinggi yang akan mengakhiri ketakutan terhadap kewujudan akibat saling perkaitan ini yang melaluinya engkau akan dapat melintasi lautan Samsara dan mencapai kebahagian yang tertinggi.
 
45. Dengan mempertimbangkan pengertian Vedanta yang membawa kepada pengetahuan yang berkesan dan sekaligus diikuti oleh penghapusan kesengsaraan yang terjelma akibat kewujudan saling perkaitan ini.
 
46. Sraddha (keimanan), kebaktian dan samadhi Yoga. Perkara ini semuanya disebutkan oleh Shruti sebagai keadaan-keadaan yang mencetuskan Pembebasan dengan segera bagi seorang pencari kebenaran. Barangsiapa yang mematuhinya akan menerima Kebebasan dari ikatan tubuh yang menjadi sarang kepada Kejahilan.
 
47. Namun begitu, melalui sentuhan Kejahilan yang engkau, Jiwa Tertinggi mendapati bahawa engkau terikat di bawah bukan Jiwa, sendirian melintasi putaran kelahiran dan kematian. Api pengetahuan dinyalakan oleh pemisahan antara kedua-dua ini, membakar kesan Kejahilan bersama dengan akarnya sekali.
 
48. Merendahkan diri untuk mendengar, Wahai Guru, kepada persoalan yang aku kemukakan kepadamu ini. Terhutang budilah aku mendengar jawapannya sama dari bibirmu sendiri.
 
49. Apakah ikatan itu yang sebenarnya? Bagaimanakah ia mengikat Jiwa? Bagaimanakah ia terus wujud? Bagaimanakah seseorang itu terbebas darinya? Apakah itu bukan Jiwa? Siapakah Jiwa Tertinggi itu? Bagaimanakah seseorang itu membezakan antara kedua-duanya? Berkenanlah wahai Guru, memberitahu kepadaku mengenai perkara ini.
 
Rujukan
  • Adi Shankaracharya, Crest Jewel of Discrimination, terjemahan oleh Swami Mathavananda, Advaita Ashram, Kolkatta, Bengal (Online)