Dalam tradisi para acharya yang bermula dengan Adi Śankara Bhagavatpada, sehinggalah ke sinaran gemilang dalam Jalan Sanatana Vedika, Yang Dipertua Sri Chandrasekarendra Saraswati, acharya ke-68 tetaplah jaya serinya sebagai yang dipancarkan oleh Guru Adi Śankara.
Beruntunglah para pengikutnya dan juga mereka di abad ini, bahawa beliau menjadi contoh kepada menggalakkan orang ramai supaya mendekati ilmu pengetahuan, kepercayaan teguh dan minat yang mendalam dalam jalan pengetahuan Karma Bakti. Bagi orang awam dan para sarjana pun, beliau memberikan pelbagai kata hikmat. Sehingga berjumlah 4000 muka surat kata-kata
hikmat beliau, jika kita kumpulkan semua sekali dan sudah ada pun
terbitannya dalam pelbagai bahasa yang dituturkan oleh penganut agama Hindu sekelian.
Nusantara
atau kepulauan Indonesia sangatlah serupa dengan India dalam cara
percakapan, tabiat, pemujaan dan kebudayaan. Keadaan ini sudah lama
terjadi. Sudah bekurun-kurun lamanya. Sememangnya, Yang Dipertua Sri
Mahaswami Kanchi sangat berminat dan kasih sekali kepada penganut Hindu
di Nusantara.
Pustaka kecil ini, yang judul asalnya itu adalah 50 Amṛta Divya
sebenarnya sudah diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Iba Noor dan
kakitangan sekolah bahasa Indonesia REALIA di Yogyakarta dan diterbitkan
oleh P. R Dandapani dari P. T. Ispat Indo, Surabaya, Indonesia
sementara penatanya adalah, tuan N. Rajan dari Bank UCO, Madras. Seluruh pītha
di Kanchi mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada keluarga tuan Iba Noor,
kakitangan REALIA, P.R Dandapani dan tuan N. Rajan serta memohon semoga
Mahā Tripurasundari Sameta Sri Candramulisvara memberi kurnia dan seluruh
penduduk di Indonesia mendapat manfaatnya.
Sebagai tambahan, pihak kita pula membuatkan terjemahannya ke bahasa Melayu supaya penganut-penganut agama Hindu yang berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mereka juga turut menerima manfaat. Tajuknya pun berubah menjadi, Panchasata Daiva Locana.