50 DVL Bhg. 4

Segalanya dalam bumi ini akan terurai dan bumi ini suatu hari pun akan terhapus. Matahari akan terhapus dan seluruh Jagat Raya pun serupalah! Kemudian, mestilah ada setengah latarbelakang terbitan sakti bertanggungjawab bagi cetusan, pemeliharaan dan juga pemusnahan. Kita sebutnya sebagai, Tuhan.

Kita mempunyai susunan pemikiran dan kemampuan perbuatan, dalam langkah kecil-kecilan atau besar-besaran. Perkara yang ini nanti akan bergabung dengan Yang Maha Berkuasa selepas kematian kita. Yang Maha Sakti, yang dari-Nya kita mendapat tenaga dan kekuatan buat hidup. Dasar kukuh yang menyebabkan tercetusnya ciptaan dan kemusnahan segala sakti itu adalah Tuhan. Disebut Dia dengan pelbagai Nama. 

Ibu menyayangi anaknya tapi, anaknya yang tidak setia pula menyebabkannya sedih. Kita mengetahui kejadian-kejadian ibu memulakan dakwaan menentang anak-anaknya dan anak-anaknya menentang ibu. Jika seseorang itu mencintai yang lain, dan jika seorang daripada mereka mati, pastilah keadaan tersebut mencetuskan kesedihan.

Bank membantu orang ramai menyimpan wang dengan mereka. Ia sepatutnya menghilangkan kesedihan orang ramai tatkala mereka memerlukan wang. Tapi bank sendiri dicairkan atau ditutup. Maka, penyimpan pun bersedih. Kesedihan itulah yang memberikan rezeki kepada bank. Semakin kita mencintai, semakin sedih pula akibatnya. 

Jadi, adakah kita pun berkeputusan untuk tidak mencintai sesiapa langsung??! Bahan bagi kelahiran ini adalah untuk mengurniai cinta tidak berbelah bagi kepada seseorang. Taklukan cinta kita itu tidak patutlah terpisah-pisah ataupun dijadikan bahan pertengkaran. Jika kita berkata bahawa kita patut mencintai hanya Tuhan yang tidak akan musnah. Maka, persoalannya mampukah kita membenci yang lain? Biarlah kita belajar mencintai semua dengan menyedari bahawa Tuhan itu wujud dalam segalanya. Tuhan itu abadi dan cinta kita kepada-Nya pun sepatutnya abadi.

Sukarlah sekali saya sampai ke kesimpulan bahawa kehidupan ini bukanlah kehidupan kalau tanpa motif yang mementingkan diri. Tetapi dengan tahun silih tahun, motif itu pun bukanlah perkara yang benar. Yang benar kepada ciri saya, Muncul sinaran-Nya atas saya ini bahawa bernyawa di atas muka bumi ini beberapa jiwa yang mendalam sekali akar tatasusila dan budi di jiwa itu. Hidup membakar diri demi yang lain menjadi lilin. Sukarelanya, meninggalkan bukan sahaja keuntungan kebendaan dan keselesaan hidup. Tetapi juga, menjalankan sadhana demi peningkatan rohani dalam terseksanya mereka.

Jelas kepada kita bahawa ada jelmaan dan ada juga kematian. Nafsu berahi itu penyebab jelmaan. Kala pula penyebab kematian. Yang dicetuskan oleh nafsu berahi itu dihancurkan pula oleh kala masa. Jika nafsu berahi datang, bertunaslah benih. Jika kala (ajal) datang, matilah pokok itu, "Kalo jagat bhakshaka..."

Matahari dan bulan pun akan tercerai berai apabila sampai ajalnya. Jika tiada nafsu berahi pula, maka tiada penghasilan benih. Jika tidak ada kala pula, maka tiada kehancuran. Oleh itu, haruslah kita menakluki Kala dan Kama. Siva membakar sang Kama dengan trinetra baginda dan memijak Kala. Jika kita mencari suaka dengan baginda, maka tidak ada lagi jelmaan atau kematian bagi kita. Marilah kita memuja di duli Bapa dan Ibu Jagat, "Jagatha pitarau vande paarvati paramesvarau..."

Seorang tuan itu mempunyai dua pelayan. Seorang lagi cuba mengampu tuannya. Manakala, yang seorang lagi cuma menjalankan tugasan tanpa sebarang cinta pun kepada tuannya. Jika tuan itu seorang yang bodoh, maka pastilah dia suka akan pelayan kaki ampu itu. Jika tuan itu cerdik pula, maka dia tidak akan mencintai sesiapa pun yang bekerja demi mendapatkan wang atau pun yang suka mengampu. Tuan hanya akan menyayangi orang yang bekerja disebabkan oleh kebaktiannya. Begitulah juga kejadiannya dengan Tuan yang Maha Baik, Tuhan.

Kenapakah dipecahkan buah nyiur di depan berhala Sri Ganesa? Baginda itu adalah anakanda Paramesvara dan memohon ayahanda baginda mengorbankan kepalanya dengan trinetra hanya kerana baginda memikirkan bahawa sebarang usaha itu akan dimahkotakan dengan kejayaan dan tanpa sebarang halangan. Jadi, kita pun memecahkan buah nyiur yang bermata tiga. Sang Ganesa sangatlah sakti sehingga meminta kepala ayahandanya sendiri. Sebarang benda yang tinggi bagi sesuatu itu mestilah dikorbankan kepada-Nya. Perlambangannya di sini, kita mengorbankan buah nyiur bermata tiga kepada Tuhan, seperti yang diarahkan-Nya. Apabila para sannyasin mencapai siddhi, maka selesailah sudah. Amalan ini cuma terkenal di Tamil Nadu sahaja.

Memikirkan bahawa Tuhan itu jauh dari kamu, maka kamu pun melilau-lilau mencari-Nya. Lamanya kamu pun tidak tahu, Dia masih jauh. Walaupun mungkin kamu melewar-lewar, tapi kamu tak nampak bahawa Dia itu sebenarnya dekat sahaja denganmu. Dia jauh namun dekat. Ada cerita yang mengisahkan mengenai seorang gadis yang mahu kahwin dengan seorang raja. Namun di akhir kepada segala pengembaraannya, dia cuma menemui seorang lelaki biasa yang sudah pun dipilih oleh keluarganya sendiri buat dirinya. Mempelai itu dekat sahaja. Yang si gadis pergi mencari jalan jauh sebelum berpatah semula ke titik yang sebenarnya dekat sahaja.

Kita melihat pantulan diri kita dalam cermin. Dalam sebaris cermin itu, terpantul beribu-ribu pantulan. Hanya seorang sahaja yang melihat pantulan itu. Yang berdiam dalam kita melihat semua itu. Dia itulah Tuhan. Yang melihat itu yang menyebabkan segala yang terpantul. Penyebab itu adalah pengetahuan yang menjadi dasar dunia ini. Di manakah pengetahuan itu? Dalam diri kamu sahaja. Yang halus dan yang besar. Semuanya dalam dirimu sendiri.

Kesukaan itu datang dalam rupa kedudukan pangkat, wang dan lain-lain. Ia datang daripada tiada. Kita rasa terpencil. Tapi percaan terkecil daripada kesukaan besar itu ada di dalam ini, iaitu Ananda. Paramatma, ananda yang di dalam tak pernah risau pun sama ada sebarang kesukaan dari dunia luar dan bercampur dengannya atau pun tidak. Air masuk ke lautan, tapi walaupun sentiasa penuh tetaplah ia nampak tenang saja.

Kalau diteliti ajaran Gita, nampak pula perkara yang bertentangan berkaitan dengan kebaktian, karma dan jnana. Tapi, Dia mengangkat para pemuja itu setahap demi setahap. Kita mestilah bertapa dengan rupa-Nya dulu seperti yang dijelaskan dalam sastera suci. Kebaktian ini membolehkan kita memahami ciri jagat-Nya. Pandangan kerohanian akan kemudian menjadikan kita jelas bahawa Tuhan itu tiada berupa dan Dia itu Hakikat Tertinggi, mendengar tanpa telinga, bergerak tanpa kaki. Memuja-Nya pada peringkat awal itu tak perlu pun kepada pengetahuan bawah kesedaran. Semakin lama kita bertapa, meningkatlah kebaktian itu sendiri. Kita pun menyedari sendiri rupa jagat itu macam mana. Tidak ada beza pun antara pemuja dengan bahan pemujaan.

Pemikiran kita akan mencari sendiri dan berpaut kepada-Nya seperti besi itu tertarik kepada besi berani. Laksana isteri yang setia tertarik kepada si suami, tumbuhan dedalu melekat di pokok, dan sungai menghala ke lautan. Kebenaran falsafah dan orang biasa pun tidak banyak persamaannya. Maka, pakaian luaran yang melebih-lebih itu tidak berguna pun. Perwakilan agama mestilah mempunyai nilai yang berbaloi dalam masyarakat. Tenang, shantam (ciri cinta), sentiasa bertapa, dan tidak mementingkan diri sendiri atau tidak ego.

Agama Hindu ini walaupun nampak banyak percanggahan di sana sini disebabkan oleh kebudayaan rakyat yang berbeza-beza. Namun ia masih tetap bertahan sehingga kini. Ini semua adalah kurnia orang-orang suci sekelian. Jika ada walau seorang pun dalam kalangan mereka di sini bersama kita, maka dunia pun aman dan tenteram.