Bab 1: Viśāda Yoga

Judul: Menyesali Kesan Peperangan

Bab pertama ini memperkenal babak, latar tempat, keadaan dan watak-watak yang terlibat dalam sebab-musabab diilhamkan Bhagavadgita:

Babak: Lembah suci Kuruksetra.
Latar tempat: Padang peperangan
Keadaan: Perang
Watak utama: Bhagavan Krishna dan putera Arjuna disaksikan oleh empat juta askar dengan komander mereka

Sinopsis:

Selepas penamaan pahlawan-pahlawan utama di kedua-dua belah pihak, Arjuna mula terasa berat hati. Keadaan ini dijelaskan menerusi rasa takut kehilangan sahabat serta saudara-mara dalam peristiwa peperangan yang bakal terjadi. Selain itu, baginda turut bimbang dengan kesan dosa yang turut terikat dengan tindakan peperangan. Oleh itu, bab ini diberi nama, 'Menyesali Kesan Peperangan'.

Maksud

1. Dhstarāra bertitah, 'Wahai Sañjaya, apakah yang telah diinginkan anak-anakku dari peperangan dan yang diperbuat oleh anak-anak Pāu selepas berhimpun di tanah suci kebenaran Kuruketra?'

2. Sañjaya bertitah: pada ketika raja Duryodhana selepas melihat tentera Pāava bersusun-susun dalam ketumbukan-ketumbukan ketenteraan mendekati gurunya yang terhormat, Dronācārya, mengucapkan kata-kata ini.

3. Wahai guru terhormat, tolonglah perhatikan tentera gagah kaum Pāava bersusun-susun dalam ketumbukan-ketumbukan ketenteraan menerusi murid-murid cerdikmu, Dhadyumna, anakanda Drupada.

4. Dalam ketumbukan-ketumbukan ketenteraan itu, terdapat pula pemanah-pemanah setara dengan Bhima dan Arjuna sedang berperang seperti Sātyaki, raja Virata dan juga pahlawan pedati yang gagah perkasa, Drupada.

5. Dhtaketu, Cekitāna, raja Kāi yang berkuasa, Purujit, Kuntibhoja dan raja Śaibhya semuanya orang-orang mulia dalam kalangan mereka yang mulia.

6. Yudhāmanyu yang jaguh, Uttamaujā yang berani, Abhimanyu anakanda kepada Subhadrā dan anak-anak Draupadi; semestinya adalah pahlawan-pahlawan berpedati yang perkasa.

7. Wahai brahmin-brahmin terbaik yang lahir dua kali, tolonglah catitkan siapakah yang terutama layak dalam kalangan kita ini untuk memimpin angkatan tentera beta, demi pengetahuanmu, beta sedang menamakan mereka.

8. Tuan dan Bhīma dan Karnā dan Kpa yang sentiasa jaya dalam peperangan dan Aśvatthāmā dan Vikana, Bhūriśravā dan Jayadratha, raja Sindhu.

9. Mereka semua dilengkapi oleh pelbagai kelengkapan peperangan, pakar dalam ilmu ketenteraan bersedia mempertaruh nyawa mereka demiku seperti juga perwira-perwira lain.

10. Tentera kita itu dilindungi oleh kekuatan Bhīma tidak terbatas; sedangkan tentera kaum Pāava yang dilindungi oleh kekuatan Bhīma itu terbatas.

11. Kamu sekelian hendaklah melidungi Bhīma terutamanya di titik-titik kedudukan kamu ditempatkan dalam pembentukan ketumbukan-ketumbukan kamu yang pelbagai itu.

12. Kemudian, Bhīma, tuan terutama bagi wangsa Kuru mengaum laksana seekor singa layaknya; meniup sangkakalanya untuk meningkatkan lagi kesukaan Duryodhana.

13. Maka, berikutnya berbunyilah sangkakala, begol, trompet, periuk belanga dan tanduk lembu dihembus gegak-gempita menjadi gemparlah ia.

14. Lantas, bhagavan Krishna dan Arjuna berdiri di pedati yang ditarik oleh kuda-kuda putih diiringi oleh bunyi dari sangkakala yang di luar jangkauan fikiran manusia.

15. Bhagavan Krishna meniup sangkakalanya, Pāñcajanya dan Arjuna membunyikan sangkakala mereka, Devadatta dan Bhīma pun turut meniup Paura, sangkakala mereka yang besar lagi luar biasa itu.

16. Raja Yuddhihira, anakanda baginda Kunti meniup sangkakalanya, Anantavijaya. Nakula dan Sahadeva masing-masing meniup sangkakala mereka, Sughoa dan Manipupaka.

17. Wahai raja, pemanah yang mahir, raja Kāśī; pahlawan berpedati perkasa īkaī, baginda Dhtadyumna dan raja Virāta serta sang Satyaki yang tidak terkalahkan;

18. Dropadi dari Panchala, serta putera-putera baginda bersama Abhimanyu, anakanda Subhadrā siap bersenjata, semuanya pun meniup sangkakala masing-masing.

19. Tiupan sangkakala mereka itu bergema memenuhi langit dan bumi; menimbulkan gentar dalam hati putera-putera Dhstarāra.

20. Tatkala Arjuna, putera kepada Pāṇḍu, duduk di pedati memegang panji yang ditandakan dengan Hanumān, mengangkat pemanahnya dan bersedia membidik sasaran dengan anak panahnya. Wahai raja, selepas melihat anak-anak bersusun-susun dalam baris ketenteraan, Arjuna pun bertitah kepada Krishna kata-kata ini.

21-22. Arjuna bertitah, "Wahai yang maksum, tolonglah bawakan pedati beta ini ke tengah-tengah dua angkatan besar itu supaya beta boleh melihat mereka yang hadir di situ, yang berkehendak untuk berperang, dan dengan mereka yang patut bersama beta untuk berjuang dalam peraduan ketenteraan ini.

23. Biar beta lihat mereka yang ke mari untuk berperang, yang berkehendak untuk menyenangkan pemikiran jahat anakanda kepada si Dhṛtarāṣṭra itu.

24. Sañjaya bertitah, "Wahai keturunan Bharata", terpanggil oleh titah Arjuna, Bhagavan Krishna pun mengeluarkan pedati bagus tersebut di tengah-tengah tentera kedua-dua belah pihak itu.

25. Dengan kehadiran Bhīṣma, Droṇa dan lain-lain panglima di dunia ini, bhagava Krishna pun bersabda, "Perhatikanlah, wahai Pārtha, seluruh orang Kuru telah berhimpun di sini".

26. Di situ, Arjuna boleh melihat, dalam gerombolan tentera di kedua-dua belah pihak tersebut, ada ayahanda-ayahanda baginda, nenenda baginda, guru-guru, mamak-mamak, saudara-saudara, anakanda, cucunda, rakan-rakan, dan juga bapa-bapa mertua baginda serta mereka yang mengucapkan selamat kepada baginda.

27. Apabila anakanda kepada Kuntī, Arjuna, melihat perbezaan taraf rakan-rakan dan saudara-mara baginda, tenggelamlah baginda dengan rasa kasih-sayang, seraya bertitah.

28. Arjuna bertitah, "Wahai Krishna yang dikasihi, melihat rakan-rakan dan saudara-maraku hadir di sini dengan semangat berperang sebegitu, ku rasakan anggota tubuhku menggigil dan mulutku pun mengering.

29. Seluruh tubuhku bergetar, rambutku berdiri di hujungnya, busurku, Gāṇḍīva, longgar terlepas dari tanganku, dan kulitku terbakar.

30. Aku tidak mampu untuk berdiri di sini terus-terusan. Aku terlupa diriku ini, dan fikiranku pun berkecamuk. cuma nampak penyebab-penyebab kecelakaan saja wahai pembunuh syaitan Keśī, Krishna.

31. Aku tidak melihat pun kebaikan yang boleh timbul dari membunuh saudara-saudaraku sendiri dalam peperangan ini, tidak juga, wahai Krishna, aku teringin akan sebarang kejayaan yang mengikuti, kerajaan mahupun kebahagiaan.

32-35. Wahai Govinda, gagal apakah sebuah kerajaan itu kepada kita, kebahagiaan atau hidup itu sendiri pun apabila semua yang kita sayangi itu kini bersusun-susun dalam baris peperangan ini? Wahai Madhusūdana, apabila guru-guru, bapa-bapa, datuk-datuk, mamak-mamak, bapa-bapa mertua, ipar duai, dan saudara-saudara lain bersedia untuk mengorbankan nyawa dan harta benda mereka sambil berdiri di depanku, kenapa patut aku menginginkan mereka terbunuh, walaupun mereka mungkin akan membunuhku jika aku tidak ingin membunuh mereka? Wahai pemelihara segala makhluk hidup, aku tidak bersedia untuk berperang dengan mereka walaupun dengan pertukaran tiga dunia, lebih-lebih lagi bumi ini. Apakah yang seronoknya dengan membunuh anak-anak Dhṛtarāṣṭra itu?

36. Dosa akan menimbuni kita jika kita menyembelih mereka yang mula menyerang itu. Oleh itu, tidak baiklah bagi kita untuk membunuh anak-anak Dhṛtarāṣṭra dan rakan-rakan kita. Apakah yang akan dicapai oleh kita, wahai Krishna, suami kepada dewi bertuah, dan bagaimana pula boleh kita bergembira dengan membunuh saudara-saudara sendiri?

37-38. Wahai Janārdana, walaupun mereka ini, yang hati mereka didorong oleh ketamakan, tidak melihat salahnya membunuh keluarga seseorang atau bertengkar dengan rakan-rakan, kenapa pula kita, yang boleh melihat jenayah ini dalam menghancurkan sesebuah keluarga, terlibat dalam tindakan-tindakan berdosa ini?

39. Dengan kemusnahan wangsa ini, adat-istiadat abadi keluarga ini pun turut terhapus, dan seterusnya, seluruh keturunan keluarga ini terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang melanggar ajaran agama.

40. Tatkala pelanggaran terhadap ajaran agama bermaharajalela dalam keluarga, wahai Krishna, wanita-wanita dari keluarga tersebut pun menjadi tercemar, dan dari sebab kejatuhan kewanitaan itu, wahai keturunan Vṛṣṇi, muncullah keturunan yang tidak diingini.

41. Peningkatan kependudukan yang tidak diingini sudah semestinya menyebabkan hidup keluarga dan mereka yang menghancurkan tradisi agama keluarga sendiri bagaikan di neraka. Nenek moyang bagi keluarga yang berantakan begitu pun menerima kejatuhan, kerana persembahan makanan dan minuman pun terhenti seluruhnya.

42. Dengan amalan yang buruk dari mereka yang menghancurkan tradisi agama keluarga dan seterusnya menerbitkan anak-anak yang tidak diingini, segala macam perusahaan masyarakat serta kegiatan kebajikan keluarga pun ditinggalkan.

43. Wahai Krishna, pemelihara sekelian manusia, aku telah mendengar bahawa mereka yang merosakkan adat-istiadat agama keluarga yang diwariskan turun-temurun itu sentiasa berdiam di neraka. 

44. Aduhai, pelik sungguh bahawasanya kita ini sedang bersiap siaga untuk berbuat tindakan-tindakan yang berdosa besar! Dipacu oleh keinginan untuk menikmati kesukaan diraja, kita pun cuba untuk membunuh saudara-saudara sendiri.

45. Alangkah baiknya bagiku jika anak-anak Dhṛtarāṣṭra, bersenjata di tangan, membunuhku yang tidak bersenjata dan tidak berpertahanan di medan peperangan.

46. Bertitah Sañjaya, "Arjuna sebaik selesai berucap di medan peperangan, melempar ke sisi busur dan anak panahnya serta duduk di pedati baginda, fikirannya berkecamuk penuh dukacita".