Dengan menambah keinginan, kita cuma menambahkan kemiskinan sahaja. Perkara asas bagi hidup dan maruah patutlah disampaikan kepada semua orang dalam negara.
Maka, bagi hal yang ini, kita pun merencana. Orang yang berpengaruh itu patutlah hidup seperti orang miskin dan berhenti meningkatkan keinginan yang melebihi keperluan. Yang kaya patutlah berkongsi kemakmuran dengan yang miskin. Inilah puṇya yang membawa kepada keselamatan. Lebih banyak keinginan kita itu, sampai ke tahapnya yang tertinggi, langsung tiada lagi keamanan atau keselesaan. Lalu, ia cuma membawa kepada kemiskinan dan kesedihan sahaja.
Vedanta yang merupakan kemuncak veda-veda suci mengajarkan cara bagi kita mengalihkan segala kesedihan. Kebencian dan nafsu keinginan timbul hanya kepada bahan-bahan yang bukan dari kita. Nafsu keinginan itu tidak akan timbul jika bahan-bahan tersebut dianggap sebagai sejati dengan kita. Jika tiada sesuatu pun melainkan kita, maka nafsu keinginan pun tidak timbul. Jika tidak ada nafsu keinginan, maka tidak ada lah usaha dan tak ada dosa. Tiada dosa, maka tiada sesiapa pun. Tiada sebarang derita duka.
Kita mungkin diserang pelbagai jenis kesedihan. Yang kelihatan sebagai kesedihan kepada semua orang itu tidak mungkin kelihatan sedih bagi kita. Jika kita selalu gembira, tanpa mahu mencapai sebarang kebendaan maka kita tidak akan disentuh oleh kesedihan. Bagaikan daun Teratai dan biji Kalakodi. Yang digelarkan sebagai yoga itu, "Ketahui bahawa untuk ditandai sebagai Yoga itu adalah sesuatu yang terpisah daripada kesatuan dengan kesedihan. Yoga itu adalah pengalihan diri daripada dikaitkan dengan kesedihan".
Dalam usaha untuk mencapai kehendak seseorang itu, kenapa pula veda suci perlu berbicara untuk banyak perkara? Persoalan ini mungkin timbul dalam fikiran kita. Menerusi banyak perkara yang mungkin bagi kita memahami bahawa kehendak seseorang iaitu hakikat: yoga, tapa semadhi, pengorbanan, menjalankan karma; yang tatkala semua ini disempurnakan, perkara-perkara yang ditandai oleh ini semua itu adalah Hakikat yang satu belaka. Hakikat inilah yang menjadi kehendak bagi Weda. Yang lain itu, cirinya sentiasa berubah. Ia terjalin menjadi satu cerita dan kemudian cerita itu pun hilang, terhapus begitu sahaja.
Untuk apakah pengetahuan perubatan itu? Tujuannya supaya tubuh sihat dan kuat. Kenapa jika tubuh itu tidak sihat dan tidak kuat? Tubuh akan terkena penyakit. Jika terkena penyakit pula apa kejadiannya? Seorang itu tidak akan mampu untuk berfungsi dengan baik. Dia, Jiwa Maha Tertinggi yang mengurniai tubuh ini kepada kita. Inilah kebenaran. Kita mesti mengamalkan beberapa jenis disiplin pula. Kita boleh mengamalkannya hanya jika tubuh kita ini sihat dan berkeadaan baik.
Dalam usaha untuk memastikan tubuh badan terpelihara baik, kita mestilah menghalangnya daripada menjadi mangsa penyakit. Pengetahuan perubatan memberitahu kita mengenai cara-cara untuk mengubati dan menghalang penyakit. Maka, Ayurveda membantu kita untuk menyedari pengalaman Advaita.
Savikalpa Semadhi
Merujuk kepada:
- Minda itu teguh tanpa sebarang gangguan sampingan
- Merenung bahan sepenuhnya.
- Menyerap ke dalam bahan yang direnung.
Nirvikalpa Semadhi
Tujuannya itu adalah Yoga. Dalam keadaan ini, minda kurang berfungsi lagi dan hilang terus. Meninggalkan Jiwa itu bersinar sendirian. Dalam Advaita, jalan tapa semadhi ini dikenalpasti; namun di sini bahan tapa itu adalah Brahman yang tiada berbeza-beza lagi.
Sahaja Semadhi
Hal yang ini dicapai menerusi jalan mengkaji dan bertanya. Ia merupakan tahap semulajadi Jiwa. Kesedaran dan satu daripada fenomena yang dibiarkan berlalu begitu saja.
Tiada sesuatu pun untuk dibanggakan apabila aku melihat orang ramai memuja menyembah kepada aku. Namun, apabila aku merenung semula bahawa pemujaan itu dilakukan oleh mereka itu sebenarnya ditujukan kepada Tuhan maka aku pun berdiam diri. Mereka berfikir bahawa Tuhan itu boleh didekati menerusi aku. Maka, aku berasa suka hati bahawa ramai orang yang mempercayai Tuhan yang Maha Pengasih yang akan mendengar segala keluh-kesah mereka dan mengalihkan kedukaan mereka.
Agama Hindu berkembang menerusi kebaktian yang mendalam, tapa dan pemurnian jiwa. Agama-agama lain mungkin berkembang dengan menerusi propaganda yang diperbesar-besar atau menerusi pertelingkahan. Sebabnya berjuta-juta orang tetap bertahan dalam tradisi agama Hindu ini, walaupun dibayangi oleh agamawan lain yang lebih berkuasa propagandanya, menerusi godaan wang, peperangan, dan sebagainya itu adalah disebabkan oleh Mahatma yang berada dalam kalangan kita. Disebabkan oleh mereka itu, kita pun masih kekal berada dalam lipatan agama Hindu.
Kita mengembangkan kebaktian kepada Tuhan dan meningkatkan lagi kepercayaan kita dalam agama kita menerusinya. Terdapat ayat veda suci yang menyatakan bahawa pokok yang berbunga itu sendirinya menarik lebah-lebah berkerumun. Jika kita memeriksa kendiri kita sendiri, lalu kita dapati bahawa seseorang dalam kalangan itu sempurna jiwanya. Maka dunia ini pun akan segera mengikutnya tanpa disuruh.
Seorang anak itu memamah tanah. Tangannya kemudian diikat oleh si ibu. Anak pun marah, lantas menangis. Adakah disebabkan hal ini ibunya mengikat tangannya? Kita tidak mengetahu belas kasihan Ibu Sejagat. Kebaikan atau keburukan yang menimpa kita itu disebabkan oleh kurnia-Nya belaka. Penderitaan dan keperitan itu juga adalah kurnia-Nya untuk beberapa sebab.
Harus kita terima sebarang perkara yang menimpa kita tanpa mengira baik atau buruk itu sebagai kurniaan Ibu Jagat. Kita tidak mengetahui kenapa Ibu Jagat memberikan kita hal itu semua. Penglihatan kita ini terbatas. Kita tidak tahu perkara yang sebelum atau perkara yang selepas. Jika kita mampu melihat masa lampau, masa kini dan masa depan, maka kita ketahuilah bahawa Tuhan itu bukannya mahu perkara buruk menimpa kita. Selain daripada-Nya, tiadalah sesiapa lagi yang terdekat dengan kita walaupun saudara-mara sekali pun.
Kita tidak boleh berkata bahawa seorang anak atau orang bodoh yang terus diam tanpa sebarang kegiatan bak batu itu sebagai agung. Kita tidak boleh menganggapnya sebagai telah menerima Jivan Mukti. Perkara ini sebenarnya adalah kesan daripada dosa. Dia seorang Yogi atau Jñāni yang kebijaksanaannya sangat halus dan setajam mata pedang. Dia menjadi pokok yang layu, dan bahan yang tidak bergerak dengan pemikiran yang teguh. Dia harus memahami segala perkara yang terjadi di sekelilingnya. Pengetahuannya harus sempurna. Dia tidak patut mudah terpengaruh dengan nafsu suka mahupun kesedihan. Dia harus sentiasa suka bahagia. Tidak ada sesiapa pun dalam kalangan kita seperti itu dan Sang Iśvara itu digambarkanlah sebagai Sat Chit Ananda.
Jika Tuhan adalah lautan belas kasihan dan jika Dia Maha Mengetahui, maka Dia juga mesti mengetahui kehendak kita tanpa kita perlu bercakap pun. Kenapakah kita harus bermohon itu dan ini kepada-Nya? Jawapan munasabahnya itu, daripada kita bermohon kepada orang-orang yang tidak guna di tempat-tempat tidak berguna, ada baiknya kita bermohon hanya kepada Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mencakupi. Selain daripada itu, tiadalah sebarang penegakan pun bagi kita untuk memohon itu dan ini kepada-Nya.