Viveka Cudamani: Bab 4

30. Walau bagaimanapun, tindakan melepaskan dan menginginkan Kebebasan itu adalah bersifat lembut, di situ wujud ketenangan dan lain-lain latihan itu adalah rupa semata-mata, seperti air di padang pasir.

31. Di antara perkara-perkara yang mungkin untuk Pembebasan, kebaktian itu terletak di kedudukan tertinggi sekali. Pencarian fitrah diri sebenar seseorang itu dibentuk sebagai sejenis kebaktian.

32. Yang lain-lain pula kekal dengan pendapat bahawa penyelidikan mengenai kebenaran bagi diri sendiri itu sebagai satu bentuk kebaktian. Si penyelidik mengenai kebenaran Atman yang dipunyai oleh jalan-jalan untuk pencapaian rohaniah seperti yang tersebut itu mestilah mendekati seorang guru yang bijaksana, yang mengurniakan kebebasan dari ikatan.

33. Yang mahir dalam veda-veda, maksum, tidak tergugat oleh hawa nafsu dan menyedari Brahman dengan cemerlangnya, yang mengasingkan dirinya memasuki Brahman; yang tenang, seperti api yang memamah minyak, yang tidak terbatas kasih sayangnya, menyayangi tanpa mengetahui sebab, dan seorang rakan bagi semua orang baik, yang bersujud di depannya.

34. Memuja guru itu dengan penuh kebaktian, dan mendekatinya, apabila dia suka dengan sujud, kerendahan dan khidmat, haruslah bertanya kepada dia mengenai pengetahuannya:

35. Wahai tuan, wahai sahabat bagi mereka yang memberi hormat kepada mu, engkaulah lautan belas kasihan, aku memberi hormat kepada mu; selamatkan aku, yang terjatuh ke lautan kelahiran dan kematian, dengan pandangan terus menerus dari matamu, yang mengalirkan berkah agung bak amrita.

36. Selamatkan aku dari maut, tergencar aku ini oleh api dari hutan dunia yang tidak terpadamkan, dan tergoncang oleh angin-angin dari khalayak yang semenggah, gerun dan oleh sebab itu, aku memohon perlindungan suaka darimu, kerana aku tidak mengetahui siapa lagi selain daripada engkau untuk memohon perlindungan.

37. Terdapat jiwa-jiwa yang baik, tenang dan pemurah, yang berbuat baik kepada yang lain laksana mata air, dan telah pun melepasi lautan kelahiran dan kematian yang penuh dahsyat ini. Membantu yang lain untuk terus menyeberangi bersama-sama, tanpa sebarang motif tersembunyi.

38. Begitulah fitrah mereka yang bersifat pemurah yang menggerakkan persetujuan mereka sendiri untuk menghapuskan masalah dan kesusahan mereka yang lain. Sebagai contoh, di sini, adalah bulan, yang seperti diketahui oleh semua, sukarela menyelamatkan bumi daripada dipanaskan oleh sinaran matahari yang membakar.

39. Wahai tuan, dengan ucapanmu yang seperti amrita itu, dimaniskan oleh kesenangan dari Brahman yang seperti ubat pemangkin kesihatan, murni, menyejukkan sehingga ke satu tahap, mengalir dari bibirmu seperti aliran dari penyiram, dan menyenangkan di pendengaran. Siramilah aku yang terseksa dengan musibah-musibah duniawi bak dijilat oleh lidah api dari hutan yang terbakar. Semoga diberkati mereka yang melintasi pandanganmu, yang menerima mereka sebagai sebahagian daripada dirimu.