Vivekacudamani: Bab 3

20. Penyabitan kukuh minda kepada kesan bahawa Brahman itu adalah hakikat dan alam semesta itu adalah maya, adalah bertujuan untuk membezakan (viveka) antara yang hakiki dan yang bukan hakiki.

21. Vairagya atau pelepasan itu merujuk kepada keinginan untuk melepaskan semua keseronokan dunia sementara dari tubuh yang bergerak sehingga kepada kebrahmaan (yang sudah diketahui kecacatannya) dari pemerhatian, arahan dan seterusnya.

22. Kerehatan minda tetap malar pada tujuannya (Brahman) selepas menanggalkan dirinya dari bahan-bahan deria berlapis-lapis dengan terus-menerus memerhatikan kecacatannya, lalu digelarlah ia sebagai, Shama atau ketenangan.

23. Mengelakkan anggota-anggota deria daripada bertembung dengan benda-benda merangsang deria serta meletakkan anggota-anggota tersebut dalam pusat-pusatnya, digelar sebagai Dama atau kawalan diri self-control. Uparati terbaik atau pengunduran diri terbaik itu terkandung dalam pengurangan kepenggunaan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir bahan luaran.

24.Menanggung segala musibah tanpa mengambil peduli untuk membetulkannya, dalam pada itu bebas dari kerisauan pada perkiraannya disebutlah sebagai, Titiksha atau kesabaran.

25. Penerimaan menerusi penilaian tegas terhadap perkara-perkara yang diarahkan oleh kitab-kitab suci, disebut juga oleh rishi-rishi sebagai, Shraddha atau iman, menerusi kaedah-kaedah Hakikat itu diperhatikan.

26. Bukan kerana semata-mata memanjakan pemikiran (dalam sifat ingin tahu), sebaliknya penumpuan intelek (deria pengesahan) yang berterusan terhadap Brahman yang sentiasa murni, disebut ia sebagai Samadhana atau penyelesaian sendiri.

27. Mumukshuta atau hasrat untuk Kebebasan merupakan keinginan untuk membebaskan diri sendiri, dengan menyedari fitrah diri sendiri, dari segala ikatan-ikatan ego yang timbul disebabkan oleh tubuh; ikatan-ikatan yang ditindani oleh Kejahilan.

28. Walau lembam atau sederhana sekalipun, hasrat untuk Kebebasa, menerusi budi kurnia Guru, boleh membibitkan buah (perkembangan jiwa) menerusi kaedah-kaedah Vairagya (meninggalkan kecenderungan duniawi), Shama (ketenangan), dan seterusnya.

29. Dalam hal seseorang itu, yang pengunduran dirinya serta hasrat untuk Kebebasan itu bersangatan; ketenangan dan amalan-amalan lain pun turut mempunyai pengertian yang tersendiri dan membuahkan hasil.