11. Kerja membawa kepada penyucian minda, bukan membawa kepada persepsi
Hakikat. Kesedaran Kebenaran itu dibawa menerusi pembezaan dan bukannya
dalam sekurang-kurangnya 10 juta tindakan.
12. Menerusi penyiasatan mencukupi, sabitan hakikat mengenai tali itu dicapai, yang akan menghabisi ketakutan dan derita disebabkan oleh ular yang dikerjakan oleh minda yang tertipu.
13. Sabitan Kebenaran itu dilihat terus menerus dari sebab musabab mengenai penasihat bijaksana yang memberi faedah, dan bukannya mandi di tirtha suci, bukan juga menerusi bingkis-bingkis hadiah, bukan juga menerusi 100 pranayama.
14. Jaya itu bergantung pada dasarnya di pundak orang yang bercita-cita lagi terlatih; masa, tempat dan jalan-jalan lain itu cuma sokongan bagi pencapaian.
15. Justeru itu, pencari Hakikat Atman itu mestilah mengambil sebab-musabab, selepas penuh tatacaranya mendekati Guru, yang sepatutnya paling bagus pengetahuannya dalam kalangan Brahmana, serta merupakan samudera belas kasihan.
16. Seorang lelaki terpelajar dan cerdik terlatih dalam mempertengkarkan sesuatu di pihak sastera suci serta dalam membantah pertikaman lidah melawan pembangkangan; seseorang yang begini cirinya itu sesuailah untuk menjadi penerima pengetahuan Atman.
17. Orang yang membezakan antara Yang Benar dan tidak benar, yang mindanya itu berpaling dari yang tidak benar, yang mempunyai ketenangan dan juga kebajikan bersekutu, dan yang mengingini Kebebasan, dianggap berkelayakanlah untuk bertanya mengenai Brahman.
18. Berkenaan perkara ini, orang bijaksana pun membicarakan empat cara mendapat pencapaian, yang sendiri hadir, kebaktian kepada jaya Brahman, dan dengan ketidakhadirannya itu, ia pun gagal.
19. Yang pertama dalam susunan itu adalah pembezaan antara Yang Benar dan yang tidak benar; kemudian pula kemeluatan terhadap kenikmatan pahala dari tindakannya di sini dan di akhirat; seterusnya, kumpulan enam yang bersekutu, antara lainnya tenang dan rehat, serta yang paling jelas sekali, keinginan untuk Kebebasan.