Vivekacudamani: Bab 1

1. Namo Sri Govinda, yang cirinya itu kesenangan tertinggi, Sadguru, yang diketahui hanya menerusi pindahan Vedanta segala; dan melampaui capaian pengucapan dan tindakan otak.

2. Kerana segala dari segala kelahiran yang tercipta itu, kelahiran sebagai manusia itu sukar sekali untuk dicapai; lebih-lebih lagi dalam tubuh lelaki, lebih jarang lagi dalam jati Brahmana; lebih jarang lagi dalam keterikatan Jalan Agama Vedika; lebih tinggi daripada yang ini adalah kesarjanaan dalam sastera suci; pembedaan antara Diri dan bukan Diri; Kesedaran, dan senantiasa dalam keadaan menjatikan diri dengan Brahman (Sang Hyang Tunggal); maka ini susunannya. Mukti sebegini, tidaklah boleh dicapai kecuali menerusi karma pahala kebajikan daripada 100 juta kelahiran.

3. Tiga perkara ini yang jarang-jarang dan dikarunia dengan restu Tuhan: kelahiran sebagai manusia, keinginan untuk mukti, dan penjagaan perlindungan seorang resi sempurna.

4. Orang menerusi beberapa keadaan itu, yang mencapai kelahiran manusia, dengan tubuh lelaki dan penguasaan veda-veda suci sebagai tambahan itu, pastinya bodoh sekali jika tidak berusaha untuk pembebasan jiwanya, membunuh diri, kerana dia membunuh dirinya itu dengan kebergantungan kepada perkara yang tidak benar.

5. Siapakah yang sesudah menerima tubuh manusia dan tubuh lelaki yang jarang-jarang diperolehi itu kemudian mengabaikan pula penutup sebenar bagi kehidupan ini?

6. Biarlah orang ramai memetik sastera suci dan berkorban menerusi deva-deva, biar mereka menjalani upacara dan pemujaan devata, namun tidaklah ada Kebebasan itu tanpa kesedaran jati dirinya dengan Atman, tidak, tidak juga dalam jangka hayat 100 Brahma yang terkumpul.

7. Janganlah diharap keabadian itu menerusi jalan kekayaan, sebegitulah perisytiharan veda-veda. Maka, jelas sekali bahawa pekerjaan itu tidak boleh menjadi penyebab Kebebasan.

8. Justeru, manusia terpelajar itu mestilah cuba sedaya upayanya untuk Kebebasan, meninggalkan nafsunya untuk kesenangan dari bahan-bahan luaran, pendekatan yang dijangkakan bagus dan guru yang murah hati, serta memperbetul mindanya pada kebenaran diperkirakan oleh guru.

9. Dengan pencapaian keadaan Yogarudha itu, seseorang itu patut menyembuhkan dirinya, mencelup dirinya itu dalam lautan kelahiran dan kematian menerusi jalan kesetiaan kepada pembezaan kebenaran.

10. Biarlah orang bijaksana dan tinggi pengetahuannya itu, meneruskan amalan kesedaran diri Atman itu meninggalkan segala kerja dan memutus leraikan segala ikatan kelahiran dan kematian.